Sony kini meramalkan robot akan mengambil-alih bahagian pengeluaran untuk peranti seperti televisyen, telefon pintar dan juga kamera – sekaligus mempercepatkan automasi dalam pengeluaran, dan pada masa yang sama mengurangkan kos operasi.
Peralihan ini juga dijangka akan digabungkan bersama fokus terhadap jualan atas-talian, dan penggunaan analisa data dalam terus mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan jualan.

Bercakap mengenainya juga, Sony mengatakan mereka menyasarkan untuk mengurangkan kos pengeluaran sehingga 70% dengan mengautomasi pengeluaran di kilang televisyen Sony di Malaysia, menjelang tahun fiskal 2023, berbanding tahun 2018.
Sony turut dijangka menggunakan robot dalam pengeluaran telefon pintar dan kamera pada masa akan datang – dan mungkin mengekalkan hanya sebilangan kecil pekerja sahaja di kilang.
Dengan langkah ini, Sony menyasarkan agar dapat melakukan analisa dan meningkatkan jualan berdasarkan data, selain mengurangkan kos pengeluaran mereka.
(Laporan awal : Rnggt)