Cari @ Amanz

Pada hari ini, kita sedia melihat projek melibatkan kenderaan swapandu yang dibangunkan oleh pelbagai syarikat. Menariknya juga, jurutera di Huawei, turut membawa ia setapak kehadapan dan telah membangunkan teknologi untuk basikal swakayuh.

Dengan teknologi ini, ia membolehkan basikal dikayuh dari satu lokasi ke lokasi lain secara automatik. Pembangunan teknologi ini sedikit mencabar berbanding teknologi swapandu yang lain, kerana perlu turut menyertakan sokongan untuk mengimbangnya ketika dikayuh, selain apabila ke kiri dan ke kanan.

Diterajui oleh Zhihui Jun, salah seorang jurutera Huawei. Idea untuknya hadir selepas beliau cedera dalam salah satu kemalangan melibatkan basikal.

Pembangunan basikal swakayuh ini turut melibatkan sejumlah fasa. Termasuk rekaan berasaskan CAD terlebih dahulu, seterusnya pemilihan basikal yang sesuai, dan penyertaan beberapa komponen tambahan dalam mengimbang dan mengayuhnya.

Ia menggunakan sebuah cip khusus daripada Huawei, dan turut memerlukan sebuah algoritma khas. Dua motor turut dipasang, selain komponen khusus untuk mengawal basikal, dan kamera sensor untuk proses swakayuh. Basikal yang dibangunkan turut menyertakan sebuah bateri khusus yang mampu bertahan sekitar 3 jam lamabya.

Buat masa ini, projek ini sekadar projek dalaman sahaja, dan tidak diketahui akan dikomersilkan atau sebaliknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd