Cari @ Amanz

Realme sedia mengesahkan mereka bakal memperkenalkan komputer riba mereka tidak lama lagi. Kini, selari dengannya, beberapa gambar awal untuk komputer riba berkenaan tertiris.

Realme Book

Dikongsikan melalui GizNext, Realme Book ini dilihat hadir dengan rekaan yang  nipis dan moden. Ia turut menyertakan ruangan trackpad yang agak besar.

Secara kasar juga, boleh dikatakan ia mengambil sedikit inspirasi rekaan daripada komputer riba Apple.

Mengikut info tertiris, komputer riba ini dijangka hadir dengan skrin 14-inci, dijana dengan pilihan cip Intel Core i3 atau i5, dan menyokong sistem operasi Windows 11 terbaru.

Buat masa ini, Realme masih belum memberikan tarikh pelancaran rasmi untuk komputer riba ini. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan penawaran Realme Book ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd