Cari @ Amanz

Sebelum ini tular di media sosial penduduk Malaysia yang menolak untuk menerima vaksin Sinovac kerana khuatir tidak dibenarkan pergi menunaikan haji dan umrah di Arab Saudi. Ini adalah kerana dalam senarai awal yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara tersebut, hanya penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan masuk.

Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengemaskini senarai vaksin-vaksin dan Sinovac kini antara yang telah diiktiraf. Selain Sinovac, vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Janssen, dan Sinopharm turut diiktiraf. Dengan ini tiada lagi sebab untuk rakyat Malaysia menolak menerima vaksin Sinopham menggunakan alasan takut dihalang masuk ke Arab Saudi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd