Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Menguji Pembayaran Di Shell Menggunakan TNG RFID

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kami sedia melaporkan berkenaan pihak Shell yang akan memulakan ujian pengisian minyak kenderaan menggunakan kaedah pembayaran TNG RFID. Kini, seperti dinantikan, pengguna sudah boleh melakukan pendaftaran untuk menyertainya melalui aplikasi TNG eWallet.

Untuk melakukan pendaftaran, anda hanya perlu membuka aplikasi TNG eWallet, dan seterusnya memilih Shell pada bahagian Pengangkutan.

Seterusnya, sekiranya anda sedia mengaktifkan ciri TNG RFID, anda boleh melakukan pendaftaran untuk menyertai program ini.

Ketika mendaftar untuknya, anda akan diminta mengaktifkan ciri pengisian minyak menggunakan TNG RFID, dan seterusnya memilih amaun maksima yang anda ingin tetapkan sebagai pengaktifan automatik setiap kali anda tiba di pam berkaitan.

Untuk makluman, amaun yang ditetapkan adalah amaun maksima, dan sebarang amaun yang tidak digunakan akan dikreditkan kembali ke akaun anda.

Pada halaman sama juga, pengguna boleh membuat pautan kad BonusLink untuk menerima mata ganjaran.

Sebaik sahaja ditetapkan, pengguna boleh menyemak kawasan yang disokong, dan ke stesen minyak Shell yang menyokongnya untuk melakukan ujian.

Untuk fasa ujian ini, ia disokong hanya di Shell Bandar Sri MenjalaraShell Mint HotelShell NKVE DamansaraShell Taman Connaught, dan juga Shell Taman Tun Dr Ismail.

Shell sedia menyatakan yang mana ujian ini akan dilakukan antara 13 Julai 2021 ini sehingga 12 Ogos 2021 kelak.

(Terima kasih Eichi Suhairi untuk tips)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami