Cari @ Amanz

Selepas lebih setahun wabak Covid-19 menyerang dunia, permintaan untuk komputer peribadi masih lagi belum menunjukkan petanda akan berkurangan. Gelombang ketiga wabak mula menyerang beberapa negara menyebabkan mereka kembali ke penutupan penuh. Menurut data terkini Canalys, pengeluaran komputer riba pada suku kedua 2021 meningkat 12.4% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Lenovo dengan pegangan terbesar 24.3% diikuti oleh HP (22.6%) , Dell (17%) , Apple (7.8%) dan Acer (7.3%). Kelima-lima syarikat terbesar ini mencatatkan peningkatan pengeluaran komputer peribadi berbanding suku yang sama tahun lalu.

Menurut Canalys lagi, buat pertama kali sejak suku ke-empat 2019, pengeluaran komputer desktop meningkat. Tetapi pada waktu yang sama pengeluaran komputer riba telah berkurangan selepas meningkat sejak beberapa suku yang lalu. Peningkatan pengeluaran dipercayai dipacu oleh permintaan sektor perniagaan yang mula pulih pasca Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd