Carian
Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan iMac Dengan Skrin Lebih Besar
July 13, 2021 Effi Saharudin

Tahun ini iMac diberikan nafas baru dengan rekaan lebih kontemporari, warna-warna lebih ceria dan berpindah ke Apple Silicon sepenuhnya. Tetapi masih ada yang merungut skrin 24″ yang digunakan adalah tidak cukup besar. Jika anda jatuh ke dalam kategori ini, berita baik buat anda ialah iMac dengan skrin lebih besar dipercayai sedang dibangunkan oleh Apple.

Apple iMac Ungu

Menurut Mark Gurman penulis dari Bloomberg, iMac dengan skrin 27″ sedang dibangunkan oleh Apple dan kelak akan dipadankan dengan cip M1X yang lebih berkuasa. MacBook Pro baharu tahun ini turut diramalkan menggunakan cip M1X. Apple M1X ialah iterasi seterusnya dari Apple M1 yang sebelum ini dilaporkan akan dilengkapi lebih banyak teras berbanding hanya lapan sekarang. Kemudian Apple M2 akan meningkatkan lagi prestasi dengan ia dijangka dilancarkan pada tahun 2022.

Komen