Samsung Melancarkan Sensor ISOCELL Auto 4AC Khusus Untuk Kegunaan Automotif

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini melancarkan sensor ISOCELL Auto 4AC yang merupakan sensor kamera pertama mereka yang direka khusus untuk kegunaan automotif. ISOCELL Auto 4AC unik kerana menyokong HDR dan dilengkapi sistem anti berkelip sehingga 90 Hz. Sokongan HDR adalah perlu kerana kamera pergerakan dari kawasan gelap ke terang boleh menyebabkan kamera hilang visual untuk beberapa saat. Untuk kenderaan moden kehilangan visual untuk seketika adalah berbahaya.

Sistem anti berkelip pula membantu mengelakkan visual yang berkelip-kelip pada monitor apabila melihat pada sumber cahaya seperti lampu kereta dari hadapan. Walaupun ini ialah sensor baharu, ia sekadar menyokong resolusi 1280 x 960 pixel sahaja. Samsung berkata ISOCELL Auto 4AC sesuai digunakan untuk kamera hadapan, kamera pandangan sisi dan kamera belakang kerana dilengkapi teknologi CornerPixel yang memberikan sudut pandangan ultra lebar.

Seterusnya Samsung akan membangunkan lebih banyak sensor untuk industri automotif seperti untuk kegunaan dalam kabin, memantau pemandu dan sistem swapandu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami