421,479 Dos Vaksin Diberikan Di Malaysia Semalam – Tertinggi Setakat Ini

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam 421,479 dos vaksin Covid-19 berjaya diberikan di Malaysia yang merupakan jumlah tertinggi dicatatkan sejak Program Imunisasi Covid1-9 Kebangsaan dimulakan pada Februari lalu. Dari jumlah ini, 264,034 adalah untuk dos pertama dan baki 157,445 pula adalah dos kedua.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah negeri dengan jumlah penerima tertinggi dengan 166,022 dos. Pemberian dos vaksin masih perlu dipertingkatkan di dua negeri ini kerana sejak dari awal konsisten mencatatkan jumlah jangkitan harian baharu tertinggi. Dengan laporan hospital sekitar Lembah Klamg dan Selangor hampir lumpuh, kita memerlukan sedikit berita baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami