Carian
U Mobile Dijangka Akan Menawarkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Tetap Tidak Lama Lagi
July 13, 2021 Aman

U Mobile sedia terkenal dengan penawaran pelan telekomunikasi pada harga yang sangat kompetitif. Menariknya, kini mereka turut sedang mencari pengurus baru untuk mengetuai bahagian produk jalur-lebar gentian optik.

Ini dijangka akan menjadi perniagaan baharu U Mobile, sekaligus bersaing dengan penyedia perkhidmatan jalur-lebar tetap lain seperti Telekom Malaysia dan TIME.

Untuk makluman, sebelum ini beberapa penyedia perkhidmatan mudah-alih sedia menyertai arena jalur-lebar tetap. Antaranya adalah termasuk Maxis, Celcom, dan juga Digi.

Apa pun, ia masih menjadi pertanyaan sama ada pihak U Mobile akan menyertai ia dengan membina rangkaian fiber mereka sendiri seperti Maxis, atau akan menggunakan rangkaian sedia ada seperti dilakukan Digi.

Namun, dengan penyertaan U Mobile, semestinya ramai yang menantikan pengenalan harga yang lebih mampu milik daripada pihak U Mobile.

Buat masa ini, ia sekadar pencarian pengurus sahaja oleh U Mobile, dan mungkin ia akan mengambil masa sedikit lama sebelum pengenalan rasmi oleh pihak U Mobile.

(Sumber : SoyaCincau)

Komen