Cari @ Amanz

Semalam kartrij Super Mario 64 menjadi permainan video paling mahal pernah dilelong dengan harga melangkaui RM6 juta. Ini ialah produk untuk peminat tegar yang berwang sahaja. Tetapi sekiranya anda peminat tukang paip katik popular ini tetapi tidak mahu berbelanja jutaan ringgit untuk menunjukkan tahap minat yang tinggi anda boleh membeli jam tagan pintar TAG Heuer x Super Mario Limited Edition.

Jam tangan pintar ini mempunyai tali berwarna merah sama seperti warna watak permainan video ini. Animasi khas yang menggalakkan pemakai untuk bersukan turut diberikan bersama dengan grafik pixel klasik dari permainan asal tahun 1985. Hanya 2000 utas TAG Heuer x Super Mario Limited Edition akan diljual bermula 15 Julai pada harga $2150 (~RM9010).

Dari segi spesifikasi ia masih lagi Tag Heuer Connected yang ditawarkan sebelum ini dengan sistem operasi WearOS. Ia dipadankan dengan skrin bulat 1.39-inci OLED dan dijana cip Snapdragon Wear 3100, Bateri 430 mAh yang digunakan pula memberikan tempoh penggunaan sehingga 20 jam. Selain itu ia mempunyai kemampuan kalis air sehingga 50 meter dan kaca yang diperbuat daripada nilam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd