Cari @ Amanz

Oppo Reno6 Z akan dilancarkan secara rasmi di Thailand pada 21 Julai hadapan. Sudah menjadi lumrah dalam dunia teknologi bahawa maklumat mengenai produk yang belum dilancarkan akan tertiris ke arena web. Tidak dinafikan, Oppo sebelum ini telah sedia mengesahkan beberapa perkara utama pada telefon pintar berkenaan menerusi laman rasmi mereka.

Spesifikasi Oppo Reno6 Z

Antaranya, ia akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 800U, bateri dengan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge dan beberapa lagi ciri fotografi menarik seperti Bokeh Flare Portrait serta Portrait Beautification Video. Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan rekaan fizikalnya tetapi tidak secara penuh.

Oppo Reno6 Z

Misteri mengenainya terungkai apabila rekaan penuhnya kini tertiris menerusi beberapa imej yang dikongsi oleh Evan Blass di laman Twitter. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rekaannya mirip dengan Oppo Reno6 lengkap dengan sistem tri-kamera di belakang. Kedudukan butang kuasa dan laras audio juga sama sahaja. Sementara itu, skrinnya pula rata dengan lubang kamera pada bucu atas kiri. Saiz bezel kelihatan seimbang pada bahagian sisi dan atas skrin. Tetapi tidak pada bahagian bawah skrin kerana masih terdapatnya dagu yang agak tebal.

Panel Hadapan Oppo Reno6 Z

Dalam pada itu, Oppo Reno6Z juga didapati telah mula disenaraikan di kedai atas talian di Vietnam lengkap dengan beberapa spesifikasi pada telefon pintar. Menurutnya, ia dipercayai hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED bersama resolusi FHD+. Selain itu, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Selain, bateri sebesar 4,310mAh. Menurut sumber, telefon pintar ini mungkin dipasarkan pada harga bermula VND 9,490,000 (~RM1,728). Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Evan Blass, Kedai Atas Talian Vietnam

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd