MySejahtera merupakan aplikasi setempat yang digunakan kerajaan Malaysia dalam pengurusan berkaitan Covid-19, termasuk vaksinasi. Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan yang mana permohonan awal vaksinasi untuk beberapa situasi tertentu boleh dilakukan melalui MySejahtera.
Untuk tujuan berkenaan, pengguna hanya perlu membuka aplikasi MySejahtera, dan memilih ikon Helpdesk. Seterusnya anda boleh melakukan pilihan “Janji Temu Vaksinasi”.
Pihak KKM membolehkan orang ramai dibawah situasi tertentu untuk melakukan permohonan vaksinasi awal. Ini adalah termasuk untuk
- pelajar yang perlu ke luar negara
- tanggungan terlantar di katil dan perlukan vaksinasi di rumah
- penjaga OKU atau warga emas, perlu ke luar negara untuk tujuan perubatan
- bekerja di luar negara
- perlu ke luar negara untuk urusan perniagaan

Dengan langkah ini, mereka yang dibawah situasi tersebut boleh melakukan permohonan awal untuk mendapatkan vaksinasi.
Sebelum ini, KKM telah mengumumkan angka vaksinasi mencapai 421,479 dos suntikan semalam, iaitu angka tertinggi yang dicatatkan di Malaysia ketika artikel ini ditulis.