Carian
Oppo Menyasarkan Pengkomersilan Rangkaian 6G Menjelang 2035
July 13, 2021 Aman

Sementara pelbagai negara yang kini dalam peralihan ke rangkaian 5G, sejumlah syarikat dan industri telah memulakan pembangunan rangkaian telekomunikasi generasi seterusnya, iaitu 6G.

Oppo tidak ketinggalan, dan hari ini telah menerbitkan kertas kajian 6G mereka, dan berkongsi beberapa perkara berkenaan rangkaian generasi akan datang berkenaan.

Oppo mempercayai rangkaian 6G akan membentuk kembali bagaimana orang ramai berinteraksi dengan kecerdasan buatan. Ini akan memperlihatkan pelbagai peranti pintar menjadi sebahagian dan komponen utama dalam kehidupan harian.

Oppo menyasarkan ini termasuk dengan kebolehan peranti memuat-turun algoritma baru dalam bentuk masa-nyata, dan mengoptimasikan operasi. Ini termasuk untuk kenderaan swapandu yang boleh memuat-turun algoritma terbaru untuk sesuatu cuaca, dan terus mengimplementasi pada kenderaan.

Oppo mengatakan piawaian untuk 6G mungkin ditetapkan seawal 2025, dan implementasinya dijangka dikomersilkan sekitar 2035.

Dengan sasaran Oppo dalam arena 6G yang memfokuskan AI ini, kita mungkin akan melihat beberapa implementasi dan pengenalan teknologi baharu oleh Oppo selari dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut – apatah lagi pelbagai syarikat kini melihat kepada arena swapandu dan sebagainya.

Komen