Cari @ Amanz

Nokia Mengacah Pengenalan Telefon Pintar Tahan Lasak

Oleh Aman

Link Copied!

HMD Global kini telah mengacah pengenalan telefon pintar Nokia terbaru, dimana ia dilihat memfokuskan kepada ciri ketahanan melaluinya.

Pada gambar acah yang dikongsikan, Nokia mengatakan telefon Nokia terbaru ini tidak memerlukan sebarang kerangka tambahan lagi seperti peranti lain.

Nokia menjadualkan pengenalan telefon pintar ini pada 27 Julai 2021 kelak.

Dari segi rekaan kamera, ia membawakan rekaan bulat yang lebih kurang sama seperti Nokia X20 sebelum ini. Beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin adalah Nokia XR20 yang memfokuskan kepada ketahanan, dan dijana dengan cip Snapdragon 480, selain bateri 4470mAh.

Bagi anda sendiri, adakah anda berminat dengan telefon yang hadir dengan fokus ketahanan ini?


Komen ()