Pertengahan tahun 2021 nampaknya memberikan gambaran yang baik kepada umum apabila telefon pintar 5G menjadi semakin murah di Malaysia. Mana tidaknya, kalau sebelum ini anda perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM1,000 dan ke atas bagi memiliki telefon pintar berkenaan. Percaya atau tidak, kini tidak lagi!
Sebabnya, sesiapa sahaja sudah boleh membelinya dengan tanda harga yang sangat berpatutan tanpa perlu ‘koyak poket’. Bayangkan anda kini boleh beli telefon pintar 5G baharu dengan harga di bawah RM1,000? Bukan sahaja terdapat rangkaian 5G terbina, malah setiap ciri yang disertakan juga rata-ratanya kelihatan serba-serbi menarik. Jadi, nikmat apa lagi yang mahu dipersoalkan?

Harga Jualan Cuma RM999 Sahaja
Bercerita lebih lanjut mengenainya, Samsung Galaxy A22 5G ialah salah satu telefon pintar 5G yang boleh anda dapatkan dengan tanda harga cuma RM999 sahaja. Selain daripada harganya yang murah, ia juga memiliki pelbagai ciri menarik yang boleh dijadikan sebab utama mengapa anda perlu mendapatkannya dengan kadar segera. Baik dari segi reka bentuk, prestasi dalaman, keupayaan kamera mahupun sistem keselamatan yang menyeluruh. Menarik bukan?
Baiklah, salah satu perkara yang mencuri tumpuan adalah skrin besar pada saiz yang kompak. Bagi kebanyakan pengguna sekarang, mereka lebih cenderung untuk memilih telefon pintar dengan skrin yang besar. Sebabnya, ia bukan sahaja memberi kepuasan dari segi pengalaman tontonan. Malah, ia memberi manfaat lain terutamanya untuk fungsi multitasking bagi pengguna telefon pintar.
Tambahan pula, kebanyakan mereka kini terpaksa duduk di rumah bagi mengelak penularan Covid-19 yang semakin memuncak. Maka, mereka kini lebih banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar sepanjang hari – tidak kiralah sama ada digunakan untuk tujuan peribadi, kerja ataupun berhibur.
Pengalaman Multimedia Luar Biasa
Skrin bersaiz 6.6-inci FHD+ TFT LCD pada Samsung Galaxy A22 5G ini direka dengan cukup baik untuk pelbagai keperluan. Di mana, ia sememangnya mampu memberikan satu pengalaman multimedia yang sempurna. Maksudnya di sini, anda boleh melihat segala visual yang cantik dengan jelas. Lebih mengagumkan, Samsung juga berjaya untuk mencapai nisbah skrin-ke-badan yang luas menerusi kehadiran saiz bezel minimum dan paparan Infinity-V. Sekaligus ini juga menjadikan anda bebas menggunakannya untuk pelbagai aktiviti kegemaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Seterusnya, padanan resolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel) dan kadar segar semula 90Hz juga mampu meningkatkan keseronokan setiap kali menggunakan telefon pintar ini. Ia bukan sahaja terbaik buat anda yang mahukan pengalaman berbeza ketika bermain permua (permainan mudah-alih). Tetapi, ia turut menjadikan telefon pintar ini lebih lancar dan memuaskan berbanding beberapa model pesaing lain yang hanya menyokong kadar segar semula sehingga 60Hz.
Simpan Kenangan Tanpa Hilang
Dalam pada itu, Samsung Galaxy A22 5G juga sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah telefon pintar dengan ruang penyimpanan yang besar. Untuk makluman semua, Samsung Galaxy A22 5G didatangkan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Untuk lebih keseronokan, ia juga menyokong storan tambahan melalui kad microSD sehingga 1TB. Wah seronoknya, berbeza betul dengan sesetengah telefon pintar lain bukan?

Dengan ini, anda tidak lagi perlu risau mengenai isu storan yang cepat penuh disebabkan fail-fail yang disimpan – misalnya seperti gambar, video, aplikasi dan banyak lagi. Sebaliknya, kekal tenang sahaja untuk muat-turun semua aplikasi kegemaran dan simpan segala gambar atau video sebagai kenangan untuk tatapan di kemudian hari. Bak kata orang, kenangan masa lalu itu tidak dapat diulang semula.
Cip Baik Untuk Prestasi Menonjol
Seterusnya, padanan cip pemproses yang baik juga menyumbang kepada prestasi mengagumkan. Kalau anda ingin tahu, Samsung Galaxy A22 5G dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700 5G. Di mana, cip ini memfokuskan kepada telefon pintar dengan sokongan 5G mampu milik. Hal tersebut bersesuaianlah dengan harganya yang dijual kurang daripada RM1,000. Pada masa sama, ia juga dilengkapi spesifikasi hebat yang akan memastikan segala kegunaan harian anda kekal lancar tanpa gangguan.

Seperti namanya juga, Samsung Galaxy A22 5G lengkap dengan rangkaian 5G terbina. Meskipun rangkaian 5G masih belum tersedia di negara ini, tetapi pembelian untuk Samsung Galaxy A22 5G sebenarnya langsung tidak merugikan. Mengapa? Sebabnya, ia akan menjadi salah satu telefon pintar yang menawarkan penggunaan untuk masa panjang apabila rangkaian 5G ditawarkan secara komersial kelak. Tambahan pula, terdapatnya perkhabaran yang mengatakan rangkaian 5G dijangka dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya menjelang penghujung tahun ini. Ia sudah tentu tidak akan merugikan mana-mana pihak.
Karya Kreatif Lebih Pelbagai
Bagi mereka yang gemar menangkap gambar, baik lelaki atau perempuan, Samsung Galaxy A22 5G juga adalah telefon pintar yang tidak akan mengecewakan anda. Ia dibekalkan dengan sistem tri-kamera serba boleh yang berupaya memberi kepuasan untuk penghasilan pelbagai karya seni kreatif di luar jangkauan akal. Kamera utama 48-Megapixel membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih berkualiti tinggi, terperinci dan jelas untuk dilihat.

Seterusnya, kamera ultra-lebar 5-Megapixel sememangnya berguna untuk tangkapan gambar permandangan. Mengapa? Sebabnya, ia mampu untuk meluaskan pandangan ke suatu sudut yang lebih luas. Untuk pengetahuan semua, anda boleh meluaskan perspektif sudut pandangan sehingga 115 darjah. Oleh itu, lebih banyak subjek dan objek boleh dimuatkan dalam satu frame gambar. Kemudian, kamera kedalaman 2-Megapixel pula membolehkan anda mendapatkan gambar dengan kesan bokeh yang menarik, di samping hasil natural dan efek yang benar-benar menonjol.

Akhir sekali, sokongan kamera hadapan 8-Megapixel juga tidak kurang hebat apabila ia mampu untuk memberikan hasil tangkapan swafoto yang menakjubkan. Ia juga menyediakan tangkapan gambar dengan efek bokeh cukup sempurna untuk perkongsian di media sosial yang lebih pelbagai.
Penggunaan Sepanjang Hari
Baiklah, anda ingin tahu apa lagi yang membuatkan telefon pintar ini nampak hebat? Sudah tentulah, keupayaan bateri yang tahan lama untuk digunakan sepanjang hari. Samsung Galaxy A22 5G dibekalkan dengan bateri besar bersaiz 5,000mAh. Ini membolehkan anda untuk terus melakukan apa sahaja aktiviti selama berjam-jam lamanya.

Dengan sokongan pengecasan pantas 15W, telefon pintar ini juga boleh dicas semula dalam masa yang singkat apabila kehabisan bateri. Mungkin bukan yang terpantas, tetapi masih memadai. Lebih menarik, telefon pintar ini menggunakan port sambungan USB Type-C untuk proses pengecasan dan penghantaran dokumen.
Ini adalah salah satu contoh ciri atau fungsi pada telefon pintar yang sangat menarik. Sebabnya, ia dilihat mengikuti rapat perkembangan trend semasa. Tidak seperti sesetengah model lain dalam kelas sama yang masih berada di takuk lama dengan penggunaan mikro-USB – atas alasan untuk tawaran harga jualan lebih murah. Ini tidak masuk akal sama sekali. Sedangkan, Samsung masih mampu untuk memberikan yang terbaik pada peranti mampu milik keluarannya tanpa mengorbankan banyak perkara besar.
Keselamatan Di Hujung Jari
Satu lagi elemen terpenting pada sesebuah telefon pintar adalah sokongan untuk sistem keselamatan yang maksimum. Samsung Galaxy A22 5G menggunakan pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang kuasa di bahagian sisi. Boleh dikatakan, sokongan sebegini akan lebih memudahkan pengguna untuk menyahkunci telefon pintar dengan lebih pantas. Anda hanya perlu meletakkan jari sahaja dan telefon pintar akan dibuka dengan serta-merta.

Jadi, bagaimana? Adakah anda berasa teruja untuk mendapatkannya? Tunggu apa lagi jangan lengahkan masa anda untuk mendapatkan telefon pintar yang hebat daripada Samsung ini. Anda juga layak untuk mendapatkan hadiah percuma berupa kerangka jernih bernilai RM39 untuk setiap pembelian. Tapi ingat, tempoh promosi terhad sehingga 31 Ogos 2021 sahaja. Dapatkan sekarang sebelum stok habis.
- Info
- Beli Dari Kedai Rasmi Samsung : Samsung Galaxy A22 5G
Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia