Cari @ Amanz

Lencana Group Expert Diperkenalkan Dalam Facebook Groups Untuk Insan Yang Benar-Benar Pakar

Link Copied!

Terdapat banyak Group di Facebook untuk aktiviti dan minat berbeza. Misalnya ada kumpulan untuk peminat peranti Android dan di dalamnya kami kerap melihat komen yang tidak masuk akal diberikan oleh ahli kumpulan. Apabila komen ditinggalkan untuk membetulkan kebatilan, kami pula dituduh kepala tahu oleh individu tersebut. Pendek kata sukar untuk membetulkan kesilapan di Facebook kerana siapa yang lebih kuat menyalak akan dianggap sebagai paling betul.

Facebook hari ini mengumumkan ciri Group Expert untuk Facebook Groups. Lencana ini boleh diberikan kepada insan yang benar-benar pakar mengenai subjek yang dibincangkan di dalam kumpulan yang disertai. Ini mungkin kepakaran dalam Android, komputer, vaksin, bumi rata, bumi bulat, bulan keju dan banyak lagi.

Hanya admin sesebuah Facebook Group boleh melantik seorang Group Expert. Insan yang dilantik juga perlu bersetuju terlebih dahulu dan kemudian lencana akan muncul di bawah nama mereka apabila meninggalkan komen dalam kumpulan. Dengan lebih 70 juta admin dan moderator di Facebook, ciri ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan isu komen yang dangkal dalam kumpulan yang anda menjadi ahli.


Komen ()