Cari @ Amanz

Twitter kebelakangan ini dilihat memperkenalkan banyak ciri-ciri dan fungsi-fungsi baru yang memperbaiki mutu aplikasi tersebut. Akan tetapi kebanyakan ciri-ciri ini lazimnya perlu ditetapkan terlebih dahulu, dan selepas sebuah ciapan ditulis, tetapan untuk ciapan tersebut tidak boleh ditukar, dan secara lazimnya perlu dipadamkan terlebih dahulu, dan ciapan baru perlu dibuat.

Twitter kini dilihat membolehkan pengguna untuk mengubah siapa yang boleh membalas kepada sesebuah ciapan selepas sebuah ciapan dibuat, memudahkan pengguna untuk menetapkan tetapan tersebut tanpa perlu memadamnya terlebih dahulu.

Sebelum ini, tetapan mengehadkan ciapan balas hanya terhad kepada sebelum ciapan tersebut dibuat, dan untuk mengubahnya, ciapan tersebut perlu dipadamkan, seperti yang dinyatakan sebelum ini. Dengan kemaskini baru ini, pengguna hanya perlu ke menu tetapan ciapan tersebut, dan fungsi untuk mengubah tetapan balas ciapan tersebut boleh ditukar melalui tetapan baru tersebut.

Fungsi ini boleh dikatakan agak berguna, khususnya untuk sebuah ciapan yang menerima maklumbalas yang banyak sebelum ini, dan sangat sayang untuk dipadamkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd