WhatsApp adalah aplikasi permesejan paling popular. Walaupun ada alternatif yang lebih baik, walaupun WhatsApp ada banyak isu dan kontroversi – populariti aplikasi membuatkan masih ramai pengguna kekal setia dengannya. Tetapi perlu ingat, jangan ambil kesempatan dengan WhatsApp kerana jika ada terma dan syarat dilanggar – anda boleh disekat.
Kelak, jika anda disekat anda boleh meminta rayuan daripada dalam aplikasi terus.

Anda hanya perlu tekan Reuqest a Review dan nantikan keputusan daripada WhatsApp. Jika rayuan ditendang, akaun akan disekat selama-lamanya dan WhatsApp akan mengarahkan anda daftar dengan nombor telefon baharu.

Jika rayuan telah diisi dan WhatsApp telah mengesahkan akaun anda, anda perlu lakukan pengesahan mungkin melalui dwi-faktor pengesahan atau SMS. Buat masa ini, ciri ini dilihat diuji pada WhatsApp untuk iOS sahaja. Menurut sumber pengguna Android juga akan menerimanya akan datang.
Antara sebab akaun WhatsApp anda boleh disekat adalah, menggunakan aplikasi WhatsApp Mod atau versi modifikasi lain yang tiada sistem anti-ban. Atau juga anda meminta berkali-kali kod OTP secara SMS dan panggilan telefon tetapi gagal meneruskan tetapan WhatsApp.