Ketua Pengarah WHO Mengecam Pengeluar Vaksin Yang Menggesa Dos Tambahan Diberikan Segera

Diterbitkan pada July 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh dunia meningkat semula kerana semakin banyak negara mula membuka semula ekonomi dan varian Delta yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi. Dalam situasi muncul keraguan dengan keberkesanan vaksin yang sudah diterima, pengeluar vaksin seperti Pfizer dan Moderna mula menyarankan supaya dos tambahan diberikan dengan segera.

Tindakan mereka ini telah menerima kecaman dari Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. Menurut beliau gesaan syarikat pengeluar ini akan menyebabkan negara yang lebih berkemampuan membeli lebih banyak dos vaksin walaupun ramai penduduk sudahpun menerima dos lengkap. Akibatnya negara dunia ketiga yang masih menanti bekalan vaksin akan terus keciciran sekaligus menggagalkan usaha WHO untuk memerangi wabak Covid-19 di peringkat global. Gesaan dos tambahan diberikan segera ini dilihat sebagai didorongi oleh ketamakan pengeluar vaksin.

Covid Vaksin

Pfizer menyarankan pemberian dos tambahan enam bulan selepas dos kedua diterima bagi mempertingkatkan pertahanan tubuh. Kertas kajian yang menyokong saranan ini masih belum dinilai sepenuhnya oleh komuniti sains. WHO percaya suntikan tambahan mungkin diperlukan kelak kerana varian Delta mengurangkan keberkesanan kesemua vaksin sedia ada tetapi mungkin selepas 1-2 tahun menerima suntikan kedua.

Pada waktu ini hanya Israel telah memulakan program suntikan dos tambahan ketiga Pfizer kepada penduduk yang berisiko tinggi sekiranya dijangkiti Covid-19.

Varian Delta sudahpun dikesan di Malaysia walaupun masih belum menjadi varian yang paling dominan. Tetapi dengan jumlah jangkitan harian dicatatkan semalam, Malaysia masih dalam fasa memvaksinkan sebanyak mungkin penduduk terlebih dahulu sebelum memikirkan pula keperluan dos tambahan yang masih belim disokong sepenuhnya oleh data sains semasa.

Sumber Aljazeera

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami