Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Honor Earbuds 2 Lite telah dilancarkan di Malaysia dengan tanda harga RM299. Ia bagaimanapun, dilihat menerima tawaran harga menarik serendah RM269 untuk mana-mana pra-tempahan yang dibuat sehingga 15 Julai ini. Sebagai tambahan, anda juga berpeluang untuk mendapatkan langganan VIP Joox selama 3 bulan dengan baucar bernilai RM56.70.

Menarik bukan? Ini bersesuaianlah dengan gelarannya iaitu ‘peneman penstriman muzik terbaik’ oleh Joox. Sekaligus membolehkan anda menikmati akses tanpa had ke lebih 40 juta koleksi muzik. Lebih menarik, ia tidak akan memaparkan sebarang iklan yang mengganggu anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuat-turun lagu tanpa had dan mendengarnya secara luar talian dengan kualiti Hi-Fi. Promosi masa terhad, dapatnya sebelum kembali ke harga asal.

Honor Earbuds 2 SE menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk segi empat. Seterusnya, ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 10mm, di samping dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Fon telinga ini turut boleh dipadankan dengan peranti Honor 50 untuk rakaman video bersama audio lebih baik.

Fon telinga ini turut disertakan sejumlah spesifikasi menarik lain – seperti sokongan Transparency Mode, tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.2 dan sokongan kawalan sesentuh. Bateri yang disertakan mampu beroperasi sehingga 32 jam. Melaluinya, ia juga dikatakan menjanjikan masa main balik dengan ketahanan maksima sehingga 10 jam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd