Carian
Kementerian Pengajian Tinggi Kaji Keberkesanan Belajar Atas-Talian Dan PdPR
July 14, 2021 Aman

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan, para pelajar mula mengikuti pembelajaran secara atas-talian. 

Bercakap mengenainya, kini, Kementerian Pengajian Tinggi sedang melakukan kajian terhadap keberkesanan pembelajaran atas-talian, dan penambah-baikkan sedang dilaksanakan dalam menambah baik proses pembelajaran.

Kementerian Pengajian Tinggi mengatakan mereka mengambil berat dan memandang serius terhadap pelaksanaan PdPR secara atas-talian ini. Selari dengannya, pihak IPT turut disaran merujuk kepada MQA untuk panduan pengendalian pengajaran ketika PKP ini.

Pada hari ini, ia diperkatakan pelbagai kaedah pembelajaran atas-talian telah diperkenalkan mengikut sesuatu kursus pembelajaran berkenaan.

Apa pun, untuk komponen yang memerlukan pelaksanaan bersemuka dan sukar diganti secara atas-talian, ia boleh dianjakkan ke semester akan datang – atau selepas kaedah pembelajaran atas talian bersesuaian dirangka pihak PPT (Pemberi Pendidikan Tinggi).

IPT juga dikatakan menawarkan perkhidmatan kaunseling dan juga sokongan psikologi kepada pelajar. KPT mengatakan mereka sedang berkolaborasi bersama MAKUMA (Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam) dalam membangunkan modul Kesihatan Mental untuk pelajar IPT dalam mengatasi tekanan, kemurungan dan kerisauan. Modul ini sekaligus dijangka akan membolehkan pegawai di IPT dalam membantu pelajar melibatkan kes kesihatan mental.

Komen