Cari @ Amanz

Oppo kini mengumumkan kempen dinamakan #OPPOCare4U, yang mana melaluinya pihak Oppo menyediakan bantuan bank makanan dengan menyediakan makanan asas dan juga barangan pelindung kepada orang ramai.

Oppo Bank Makanan Malaysia

Oppo menawarkan bantuan bank makanan ini melalui pusat sehenti di beberapa buah negeri, selain turut menyediakan khidmat penghantaran di Pahang dan Melaka.

Untuk tujuan ini, Oppo bekerjasama dengan beberapa kedai, selain menawarkan bank makanan ini melalui Oppo Brand Stores terpilih.

Bagi anda yang terkesan, boleh menyemak lokasi penawaran bank makanan Oppo, atau menghubungi pihak Oppo melalui talian yang disediakan untuk #OPPOCare4u.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd