Apple Kini Membawa Tutorial “Today At Apple” Ke YouTube

Diterbitkan pada July 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini sedia menawarkan sesi pengajaran dan pembelajaran di kedai-kedai Apple Store seluruh negara. Apa pun, kini lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan disebabkan oleh pandemik Covid-19, pihak Apple mula memfokuskan kepada arena maya.

Selain menawarkan acara tahunan WWDC secara atas-talian, kini Apple turut membawa tutorial “Today At Apple” secara atas-talian melalui YouTube.

Melalui video pertama yang diterbitkan, Apple mengajar orang ramai berkenaan bagaimana untuk melukis watak kartun melalui perisian Pages. Siri tutorial ini akan melibatkan pelbagai penggunaan produk-produk Apple.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan apakah tutorial-tutorial akan datang yang bakal ditawarkan oleh Apple.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami