Instagram Mengumumkan Ciri Pengesahan Dwi-Faktor Menggunakan WhatsApp

Diterbitkan pada July 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram hari ini mengumumkan mereka akan mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor menggunakan WhatsApp dalam beberapa minggu lagi.

Untuk makluman, selama ini sekiranya mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor, ia akan memerlukan pengguna memasukkan nombor kod khusus yang diterima melalui SMS ketika log masuk ke akaun Instagram mereka.

Dengan perubahan ini, kod pengesahan akan dihantar melalui WhatsApp dan bukannya melalui SMS.

Instagram dijangka akan menambah ciri pengesahan dwi-faktor menggunakan WhatsApp ini pada halaman tetapan Instagram dalam beberapa minggu lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami