Cari @ Amanz

Apple pada tahun ini bakal memperkenalkan siri iPhone 13, yang mana dijangka membawa penambah-baikkan dari segi sokongan bateri, panel paparan, dan juga kamera. Disamping itu, ia akan menjadi model telefon kedua daripada Apple yang menyokong rangkaian 5G.

Menurut Bloomberg, Apple kini menyasarkan permintaan lebih tinggi untuk iPhone, dan Apple dikatakan telah meminta untuk meningkatkan pengeluaran iPhone generasi akan datang sekitar 20% berbanding sebelum ini.

Dengan peningkatan ini, Apple akan menambah angka peranti kepada 90 juta ketika pelancaran – berbanding kebiasaan sebanyak 75 juta peranti ketika pelancaran.

Peralihan ke rangkaian 5G dijangka akan membuatkan pengguna mencari peranti baharu, dan menaik-taraf peranti mereka. Hal ini membuatkan Apple meningkatkan pengeluaran, dan menyasarkan lebih ramai akan beralih ke peranti 5G.

Mengikut trend juga, sebelum ini ketika peralihan rangkaian, pengguna sering melakukan pembelian peranti baharu yag menyokong rangkaian baharu. Hal ini turut dijangka akan berlaku tahun ini dan tahun hadapan – apatah lagi dengan pengenalan rangkaian 5G secara berperingkat di beberapa buah negara, termasuk Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd