TikTok Telah Dimuat-Turun Lebih 3 Bilion Kali Di Seluruh Dunia – Aplikasi Ke-5 Mencapai Angka Berkenaan
Aman
TikTok merupakan salah satu aplikasi yang berkembang dengan pesat. Terbaru, mengikut data daripada Sensor Tower, ia dilihat aplikasi berkenaan telah dimuat-turun lebih 3 bilion kali di App Store dan Google Play.
Ini sekaligus menjadikannya antara aplikasi popular yang mencapai angka 3 bilion, selain daripada aplikasi milik Facebook. Pada hari ini, terdapat lima aplikasi yang mencapai angka muat-turun melangkaui 3 bilion, iaitu WhatsApp, Messenger, Facebook dan Instagram. TikTok menjadi aplikasi yang ke-5.

Perkembangan ini turut memperlihatkan penerimaan untuk aplikasi tersebut yang tinggi di dunia. Untuk makluman, ia turut diharamkan di India yang mempunyai penduduk lebih 1 bilion – memperlihatkan penerimaan aplikasi tersebut yang tinggi di dunia.
Dengan perkembangan ini, tidak mustahil kita melihat ia menjadi antara aplikasi paling popular di dunia tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.