Clubhouse Menambah Ciri Permesejan Dinamakan BackChannel – Tidak Lagi Perlu Meninggalkan Aplikasi

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Clubhouse – aplikasi yang mempopularkan khidmat sosial berasaskan audio, kini telah memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai BackChannel.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna menghantar mesej kepada sesiapa dengan mudah – sekaligus mengekalkan pengguna pada platform berkenaan untuk kekal berinteraksi.

BackChannel ini membolehkan anda menghantar mesej kepada semua, sementara penerima pula akan melihat dua tab – iaitu “Chats” dan “Requests”. Seterusnya, anda boleh memilih untuk kekal berkomunikasi dengan mudah melalui kenalan pada platform berkenaan.

Sebelum ini, ramai pengguna Clubhouse meminta rakan-rakan menghantar mesej di Instagram atau Twitter untuk komunikasi lanjut. Dengan ciri ini, kini pelbagai mesej peribadi boleh dihantar terus dalam aplikasi Clubhouse dan tiada lagi sebab untuk anda meninggalkannya.

Buat masa ini, ciri ini hanya diperkenalkan untuk pengguna iPhone sahaja. Pengguna Android mungkin menerima ciri ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami