Pekerjaan remeh akan secara perlahan-lahan diambil alih oleh robot kerana mereka tidak perlu makan, tidur, rehat dan merusuh kerana gaji yang diterima rendah. Pelbagai sistem automasi mula dibangunkan bagi menggantikan manusia di sektor perkilangan. Automasi dipercepatkan selepas Covid-19 menunjukkan manusia ialah komponen paling lemah yang boleh melumpuhkan pengeluaran.
Lei Jun, ketua pegawai eksekutif Xiaomi selama telah mengumumkan syarikat telahpun memulakan pembinaan kilang tanpa pekerja manusia mereka di Beijing, China menurut laporan CNTechPost. Nama gelaran “kilang lampu gelap” fasa penuh ini dibangunkan selepas kejayaan kilang percubaan yang mampu menghasilkan 1 juta telefon pintar setahun. Berdasarkan pengalaman dari kilang pertama, kilang kedua dengan keluasan 58,300 meter persegi dibina dengan ia dijangka beroperasi menjelang 2023.
Apabila siap kelak ia mampu memasang, menguji dan membungkus sebuah peranti baharu setiap 3 saat dengan kapasiti 10 juta peranti setiap tahun. Walaupun dilabel sebagai kilang tanpa manusia, bilangan kecil pekerja manusia masih diperlukan untuk melakukan penyelenggaraan dan pemantauan dari masa ke semasa.