NortonLifeLock, syarikat yang menghasilkan perisian Norton Antivirus dilaporkan ingin mengambil alih syarikat perisian antivirus Avast. Kedua-dua syarikat kini dalam perbincangan dengan pembelian dilalukan dalam bentuk wang tunai dan pertukaran stok syarikat. Avast yang mempunyai sekitar 435 juta pengguna aktif bulanan ini dianggarkan bernilai $8 bilion.
NortonLifeLock kini diberikan masa sehingga 11 Ogos untuk mengumumkan tawaran harga pembelian kepada Avast. Avast ialah syarikat yang ditubuhkan di Republik Czech pada tahun 1988 yang menawarkan perisian antivirus pada komputer peribadi sebelum turut menawarkannya juga pada telefon pintar. Sementara itu NortonLifeLock ialah syarikat baharu yang ditubuhkan selepas Symantec menjual perniagaan sekuriti untuk perniagaan mereka kepada Broadcaom
Sumber WSJ