Cari @ Amanz

Sony Malaysia hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar Xperia 1 III secara rasminya, membolehkan pengguna yang berminat mendapatkan ia pada harga RM5799. Pra-tempahan ini dibuka sehingga 15 Ogos 2021 kelak.

Sony Xperia 1 III hadir dengan skrin 6.5-inci OLED pada resolusi 4K dengan rekaan nisbah 21:9, serta menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz. Menjananya adalah cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM dan storan 256GB.

Xperia 1 III turut menyertakan kamera belakang ZEISS 12MP + 12MP sudut ultra-lebar + 12MP telefoto. Selain sokongan kamera yang baik, peranti ini turut hadir dengan sokongan audio yang baik melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk Xperia 1 III bermula hari ini sehingga 15 Ogos 2021. Sony turut menawarkan fon telinga nirwayar Sony WF-1000XM3 secara percuma untuk pra-tempahan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd