Berharga Lebih Rendah – Lenovo Legion Phone Duel 2 Hadir Dalam Variasi 12GB RAM Dan 128GB Storan – Berharga RM2999

Diterbitkan pada Ogos 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran dua variasi Lenovo Legion Phone Duel 2 untuk pasaran Malaysia, iaitu versi 12GB RAM + 256GB pada harga RM3299, dan juga 16GB RAM + 512GB pada harga RM3899.

Kini, pihak Lenovo turut menambah satu lagi variasi penawaran untuk pasaran Malaysia, iaitu versi 12GB RAM dan 128GB storan. Versi ini sudah boleh dipra-tempah melalui Lazada, pada harga RM2999.

Lenovo Legion Phone Duel 2 hadir dengan skrin 6.92-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 888, bateri 5500mAh dan sokongan pengecasan pantas 90W. Ia turut dilengkapi kamera utama 64MP + 16MP, selain kamera swafoto 44MP yang diletakkan dalam mekanisma pop-sisi.

Melengkapkan ia juga adalah sejumlah butang kawalan khusus yang memberikan keselesaan kawalan, disamping ciri dwi-kipas penyejukan untuk memastikan peranti beroperasi pada kemampuan tinggi sepanjang masa.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk peranti ini bermula hari ini pada harga RM2999. Lenovo menyenaraikan penawarannya akan dilakukan bermula 12 Ogos 2021 ini kepada pengguna tempatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami