Semakin banyak barangan di rumah dipintarkan demi memudahkan proses memantau dan mengikut kehendak pengguna yang selesa dengan penggunaan peranti berhubung. Terkini di Malaysia almari baju pintar LG Styler mula ditawarkan di Malaysia.

LG Styler ialah almari yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan baju tetapi membersihkannya dengan menggunakan stim yang membasmi sehingga 99.99% bakteria pada waktu yang sama menghilangkan kedut. Dalam dunia kita masih risau dengan virus Covid-19, baju yang dibersihkan secara automatik menggunakan stim boleh mengurangkan risiko. Kerana ia di bawah keluarga ThinQ, LG Styler boleh dikawal sepenuhnya menggunakan sebuah telefon pintar.
Di Malaysia LG Styler akan mula dijual pada 1 Ogos tetapi pra-tempahan telah dibuka pada harga istimewa RM7399 dengan 50 puluh pelanggan pertama akan menerima LG PuriCare 360° Air Purifier brnilai RM3300 secara percuma. Selepas tamat tempoh pra-tempahan, LG Styler akan dijual pada harga RM8499 sebuah untuk versi warna putih atau dengan kemasan cermin.