Dengan pandemik Covid-19 yang semakin menjadi-jadi, inisiatif belajaratau bekerja dari rumah adalah norma baharu untuk majoriti orang. Pelbagai syarikat teknologi hadir dengan perkhidmatan telesidang tersendiri, mengemaskini aplikasi sedia ada menjadi lebih terbuka dan banyak lagi.
Terkini, Jabra Malaysia telah memperkenalkan dua kamera web profesional yang sesuai digunakan untuk kedua-duanya – bekerja dari rumah atau untuk pejabat. Kamera web ini hadir dengan spesifikasi profesional, menggabungkan pengalaman audio Jabra dan juga teknologi pengimejan kecerdasan buatan.
PanaCast 50
Jika anda biasa dengar bar audio atau sound bar yang biasanya diunakan untuk televien agar pengalaman audio menonton filem lebih mengasyikkan. Jabra PanaCast 50 adalah bar video, iaitu kamera web dan sound bar dalam satu peranti.
PanaCast 50 menggunakan sistem kecerdasan buatan untuk mengenalpasti siapakah yang sedang bercakap. Jadi vokal setiap individu yang bercakap kekal jelas. Sensor kamera adalah 13 Megapixel dengan sudut pandangan 180-darjah serta teknologi Panoramic-4K. Sistem pintar Jabra turut boleh mengira berapa ramai orang dalam sat bilik apabila sesi telesidang sedang berlangsung.
Virtual Director adalah pengarah maya, yang boleh menentukan fokus kamera kepada individu yang bercakap dan boleh mengawal agar kamera bertukar-tukar pandangan antara hos A dan hos B ketika dua orang sedang bercakap.
Terdapat lapan mikrofon terbina, yang turut boleh membatalkan hingar agar sesi perbualan terang dan jelas. Pembesar suara terdapat empat pemacu-audio nir-gegar berdefinisi tinggi serta sistem dwi-arah seakan berbual dengan dua individu secara bersemuka. PanaCast 50 juga sedia digunakan bersama Microsoft Teams and Zoom.
Produk ini juga adalah jenis pasang dan guna atau Plug and Play. Harga jualan Jabra PanaCast 50 adalah RM6,500 dan akan dijual bermula hari ini – 15 Julai 2021 dengan pilihan warna hitam atau kelabu.
PanaCast 20
Untuk PanaCast 20, ia lebih kepada untuk pengguna individu. Lebih-lebih lagi kepada yang mementingkan privasi. Jabra menawarkan kualiti video tinggi untuk setiap sesi telesidang, sekuriti terjamin, saiz produk yang kompak dan mudah di bawa ke mana sahaja. Ciri sekuriti yang pertama adalah lensa kamera yang boleh ditutup apabila tidak digunakan. Ia juga mempunyai sokongan tutup secara automatik berdasarkan aktiviti atau pergerakan pengguna. Tambahan, ia turut mempunyai lampu LED sebagai indikasi sama ada kamera aktif ataupun tidak.
Jika ada sesi yang sudah dijadualkan untuk bermula atau sertai secara automatik, kamera web ini juga cukup pintar untuk mengenalpasti pengguna sudah bersedia ataupun tidak.
PanaCast 20 turut hadir dengan sistem kecerdasan buatan tersendiri, iaitu pemprosesan Edge untuk data pengguna diproses di awanan dan daripada peranti tanpa data diambil atau menggunakan perisian tambahan. Rakaman video adalah 4K Ultra HD dan HDR. Jabra turut mengekalkan ciri zum pintar mereka Intelligent Zoom, untuk memastikan pengguna sentiasa berada dalam bingkai ketika dalam sesi telesidang atau rakaman.
Menurut Jabra, sistem kecerdasan mereka turut boleh menawarkan pencahayaan automatik – Intelligent Light Optimization berdasarkan keadaan sekeliling pengguna untuk memastikan pengguna kekal kacak atau ayu. Kamera web ini turut menyokong gambar-dalam-gambar untuk sesi telesidang kedua.
Produk ini juga adalah jenis pasang dan guna serta sedia digunakan bersama Microsoft Teams and Zoom. Harga jualan Jabra PanaCast 50 adalah RM1,600 dan akan dijual bermula hari ini – 15 Julai 2021 dengan pilihan warna hitam.