Poco F3 GT Akan Menggunakan Skrin AMOLED 120Hz

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Merujuk kepada laporan sebelum ini, Poco F3 GT dijangka bakal diumumkan sekitar awal bulan Ogos kelak. Bercakap lebih lanjut mengenainya, ia juga akan dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 1200.

Dalam perkembangan terkini, Poco dilihat telah mengesahkan satu lagi ciri padanya yang berkaitan dengan skrin. Di mana, ia akan menggunakan skrin sejenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, skrin AMOLED yang digunakan turut dilengkapi sokongan warna 10-bit dengan 1.07 bilion warna.

Tidak berakhir di sini, Poco F3 GT juga menyokong paparan HDR10+ yang boleh dimanfaatkan untuk kualiti maksimum sesebuah kandungan. Sehingga kini, belum ada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran rasminya. Sungguhpun begitu, ia dijangka akan didedahkan dalam masa terdekat.

Sumber : Poco India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami