Cari @ Amanz

Senarai calon-calon emoji baharu yang akan diperkenalkan di bawah Unicode 14 telahpun diumumkan. Sebanyak 102 emoji disenaraikan seperti lelaki mengandung, lelaki memakai mahkota, emoji tabik, rangka X-Ray dan kehabisan bateri dimasukkan ke senarai draf terakhir. Keputusan muktamad senarai Unicode 14 akan diumumkan pada September 2021.

Pengumuman senarai lengkap emoji baharu Unicode 14 untuk tahun 2021 telah ditangguh selama enam bulan kerana wabak. Akibatnya kesemua emoji yang terpilih mungkin akan hanya disokong pada peranti pada penghujung 2021 atau awal 2022. Terdapat ribuan emoji disokong oleh Unicode setakat ini dengan pelbagai variasi rentas platform. Bermula sebagai cara menunjukkan emosi ketika zaman awal papan buletin internet, emoji kini digunakan hampir setiap hari kerana ia semakin mudah diakses.

Sumber Emojipedia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd