Cari @ Amanz

Sidang MKN hari ini memaklumkan yang mana kedai komputer dan telekomunikasi, serta kedai buku dan alat tulis boleh beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai 2021 – iaitu esok.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi orang ramai untuk mengikuti pembelajaran di rumah, atau bekerja dari rumah – dan mendapatkan sebarang peralatan untuk memudahkan urusan berkenaan.

MKN mengatakan kebenaran ini diberikan setelah mengambil-kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar – dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd