Cari @ Amanz

Helvetica Now Variable – Kemaskini Muka Taip Helvetica Dengan Pilihan Lebih 1 Juta Variasi Stail

Oleh Aman

Link Copied!

Helvetica Now merupakan salah satu kemaskini muka-taip popular yang telah diperkenalkan pada 2019 lepas. Terbaru, pembangunnya hadir dengan variasi baharu muka-taip berkenaan, dinamakan sebagai Helvetica Now Variable.

Helvetica Now Variable membawakan rekaan muka-taip yang kemas dan moden, tetapi kini menawarkan lebih kaedah ekspresi tipografi, selain membolehkan anda hadir dengan rekaan kreatif serba baharu dengan hanya menggunakan satu muka-taip sahaja.

Dengan satu fail muka-taip ini sahaja, ia memberikan lebih satu juta pilihan Helvetica kepada pengguna – dengan pilihan stail daripada Hairline ke Extrablack.

Pengenalan ini juga membolehkan para perekabentuk memfokuskan rekaan mereka dengan mudah, tanpa perlu mempunyai pelbagai muka-taip berbeza.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Helvetica Now Variable ini melalui pihak Monotype.


Komen ()