Cari @ Amanz

Japan Airlines, syarikat penerbangan Jepun kini menyasarkan untuk menyertai perniagaan kereta terbang menjelang tahun fiskal 2025.

Japan Airlines sedia menawarkan penerbangan antara bandar dan negara. Dengan penyertaan dalam arena kereta terbang, ia juga akan memudahkan penawaran pengangkutan antara bandar, pekan dan sebagainya.

Japan Airlines dijangka akan menawarkan perkhidmatan yang menghubungkan lapangan terbang dengan destinasi pelancongan melalui penawaran kereta terbang mereka ini.

Japan Airlines pada hari ini sedia melabur pada salah satu penyedia pengangkutan terbang, iaitu Volocopter. Perkhidmatan Volocopter mungkin digunakan dalam menjayakan penawaran kereta terbang di Jepun ini.

JAL dijangka melakukan ujian penerbangan dengan jarak 20km, sebelum turut mempertimbangkan penerbangan dengan jarak antara 50km ke 150km.

Selain Japan Airlines, ia diperkatakan ANA Holdings – pesaing terdekat Japan Airlines turut menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan sama menjelang tahun fiskal 2025.

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan pelbagai ujian kereta terbang yang dijangka berlangsung dalam tahun-tahun akan datang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd