Cari @ Amanz

Sejumlah besar pengguna Unifi kini tidak dapat mengakses perkhidmatan internet, disebabkan oleh kerja-kerja naik-taraf. 

Melalui talian khidmat pelanggan, TM menyatakan yang mana “TM sedang menjalankan kerja-kerja menaik-taraf rangkaian perkhidmatan Unifi di seluruh negara 12 tengah malam 16 Julai sehingga 6 pagi 16 Julai. Pelanggan yang terlibat mungkin mengalami gangguan perkhidmatan semasa tempoh tersebut. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi”.

Internet

Agak mendukacitakan kerana Telekom Malaysia tidak memaklumkan pengguna Unifi berkenaan perkara ini terlebih dahulu, atau menyatakannya melalui laman sosial, atau halaman Unifi Alerts.

Bagi anda yang menggunakan Unifi dan menghadapi masalah mengakses internet, mungkin perlu nantikan sehingga pagi esok untuk dapat menggunakannya seperti biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd