Cari @ Amanz

Xiaomi kini dilihat telah merampas kedudukan tangga kedua pengeluar telefon pintar terbesar dunia daripada Apple. Melalui data yang dikeluarkan firma Canalys, Xiaomi kini menduduki tangga kedua, mendahului Apple, dan hanya dibelakang Samsung.

Xiaomi kini dilihat mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17% pada suku kedua 2021 yang lepas. Sementara Samsung pula sebanyak 19%, dan Apple ditangga ketiga dengan 14%. Oppo dan Vivo masing-masing mempunyai pegangan sekitar 10% dalam pasaran peranti mudah-alih.

Secara keseluruhan, lima jenama ini memegang sekitar 70% pasaran peranti mudah-alih pada suku kedua 2021 yang lepas.

Xiaomi sendiri boleh dikatakan agak agresif pada tahun ini dengan pengenalan sejumlah peranti menarik bermula daripada Januari lagi. Berbeza dengan Samsung dan Apple yang memfokuskan pasaran peranti premium, Xiaomi pula mempunyai penawaran meliputi pelbagai segmen termasuk mampu-milik, dan juga mercu. Dua jenama lagi dibawah Xiaomi adalah Redmi dan juga Poco.

Huawei yang sebelum ini antara pengeluar terbesar dunia, kini tidak lagi tersenarai – antaranya disebabkan akses ke komponen yang sukar, selain pengharaman penggunaan perkhidmatan Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd