TNG eWallet Memudahkan Pembayaran Lebih Pantas Melalui Imbasan Wajah

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TNG eWallet merupakan salah satu aplikasi dompet digital yang digunakan secara meluas di Malaysia. Terbaru, mereka telah mula mempromosikan ciri imbasan wajah untuk pembayaran dengan lebih meluas kepada semua pengguna.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna melakukan imbasan wajah untuk mengesahkan sesuatu pembayaran.

Ciri ini menjadikan proses pembayaran lebih laju berbanding kebiasaan, dan menggantikan keperluan memasukkan PIN untuk mengesahkan sesuatu pembayaran.

Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, boleh mengaktifkan ciri ini dengan ke halaman tetapan, memilih menu Tetapan, dan mengaktifkan ciri “Gunakan Pengesahan Wajah”.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami