Google Chrome masih lagi pelayar web kegemaran saya secara peribadi. Lebih-lebih lagi pada peranti mudah alih, kerana ia mudah digunakan dan mesra pengguna. Walaupun sudah pelbagai kemaskini diedarkan untuk mengoptimasikan prestasi, mengurangkan penggunaan RAM, CPU dan banyak lagi – ia masih lagi sebuah pelayar web yang berat.
Disebabkan itu, Microsoft Edge akhirnya menjadi pilihan saya. Terkini, Google cuba lagi menarik perhatian lebih ramai pengguna dengan ciri yang pasti akan memudahkan semua orang. Ia adalah butang pintasan tangkapan layar yang memudahkan pengguna bukan sahaja tangkap dan simpan, tetapi turut juga kongsi.
Ciri ini adalah mirip Tangkapan web yang sedia ada pada Edge, tetapi lebih asas dengan butang kongsi diasingkan. Ini kerana Edge lebih fokus untuk produktiviti dan penggunaan skrin sesentuh. Google Chrome pula adalah lebih kepada penggunaan sosial untuk berkongsi ke media sosial. Buat masa ini, masih tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan.