Cari @ Amanz

Google Drive adalah antara aplikasi storan awan lalai yang sedia terpasang pada majoriti telefon pintar di pasaran. Pengguna percuma ada 15GB kuota storan awan diberikan, manakala pengguna yang inginkan kuota lebih tinggi mencecah Terabait perlu melanggan pelan Google One.

Aplikasi Google Drive adalah antara aplikasi yang digemari ramai kerana pertama ia percuma, kedua ia menyokong rentas-platform. Terkini, Google telah mengemaskini aplikasi Google Drive pada Android untuk menyokong sebagai pemain media. Bukan seperti sebelum ini, tetapi kini pengguna boleh kawal terus daripada talam notifikasi. Turut dilihat adalah kawalan sumber di mana media dimainkan sama ada pembesar suara atau aksesori audio lain.

Google turut menyatakan yang pengguna juga boleh mengawal kelajuan pada pemain media, namun dalam ujian kami walaupun telah mengemaskini ke versi terkini di Play Store – ciri ini tidak kelihatan. Setakat ini hanya ciri pemain media sahaja dilihat boleh digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd