Vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jumlah vaksin yang boleh digunakan di Malaysia bagi menentang wabak Covid-19 meningkat lagi selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan penggunaan secara kecemasan vaksin Covid-19 COVILO  oleh Sinopharm dan Jenssen oleh Johnson & Johnson.

Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Kebenaran penggunaan vaksin ini diberikan sehari selepas KKM mengumumkan akan berhenti menggunakan vaksin Sinovac selepas bekalan yang sudah diterima habis. Ia akan digantikan pula penggunaan vaksin Pfizer.

Covid Vaksin

Penularan varian Delta yang mempunyai kadar kebolehjangkitan lebih tinggi dan pantas dipercayai mendorong kerajaan untuk berhenti menggunakan Sinovac. Keberkesanan vaksin berkurangan lebih banyak berbanding vaksin Pfizer yang menggunakan teknologi mRNA.

Kebenaran menggunakan vaksin Johnson & Johnson diharap dapat membantu Malaysia menentang gelombang terkini Covid-19 kerana ia hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja. Sehingga semalam angka jangkitan harian baharu negara semakin meningkat sehingga mencecah lebih 13,000.

Sumber KPKesihatan

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami