MediaTek Helio G96 dan Helio G88 Dilancarkan Dengan Sokongan Skrin 120Hz Serta Kamera 108MP

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mediatek melancarkan dua lagi cip pemproses pertengahan untuk peranti mampu milik hari ini. Kita mulakan dahulu dengan MediaTek Helio G96 yang merupakan penambahbaikan dari Helio G95. Cip lapan teras ini dilengkapi dua CPU Cortex-A76 2.05 Ghz dan enam teras CPU Cortex-A55 yang dipadankan dengan GPU Mali G57 MC2.

Cip menyokong skrin 1080P sehingga 120Hz, kamera utama sehingga 108MP, rakaman video 4K 30, memori UFS 2.2 dan rangkaian LTE sehingga Cat 13. Terdapat juga ciri MediaTek HyperEngine 2.0 Lite untuk menjalankan permua terkini bersama dengan sokongan dwi-SIM 4G secara serentak.

MediaTek Helio G88 pula adalah penambahbaikan dari Helio G85. Cip lapan teras ini dilengkapi dua CPU Cortex-A75 2.00 Ghz dan enam teras CPU Cortex-A55 yang dipadankan dengan Mali-G52 MC2. Cip menyokong skrin 1080P sehingga 90Hz, kamera utama sehingga 64MP, rakaman video 1080p 60, memori eMMC 5.1 dan rangkaian LTE sehingga Cat 7. Seperti G96, G88 juga dilengkapi ciri MediaTek HyperEngine 2.0 Lite. 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami