Pasaran Malaysia nampaknya bakal menerima dua lagi telefon pintar baharu daripada Oppo – iaitu Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Z. Beberapa informasi mengenai kedua-duanya juga telah dikongsi menerusi laman web rasmi yang menunjukkan ia terus mengutamakan ciri kamera bersama prestasi lebih baik.
Kedua-duanya bakal hadir dengan reka bentuk moden dan premium. Selain itu, ia turut disertakan dengan ciri fotografi menarik – antaranya seperti Bokeh Flare Portrait. Bercakap lebih lanjut mengenainya, Oppo Reno6 akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 900 bersama bateri dengan pengecasan pantas 65W. Manakala, Oppo Reno6 Z pula akan menampilkan cip MediaTek Dimensity 800U dengan bateri yang menyokong pengecasan pantas 30W.
Buat masa ini, Oppo masih berteka-teki mengenai ketersediaan kedua-dua telefon pintar berkenaan buat pengguna di Malaysia. Kami di Amanz akan berkongsi kemaskini selanjutnya apabila informasi mengenainya diumumkan kelak – termasuk harga jualannya. Kekal setia dengan Amanz.
Sumber : Oppo Reno6 , Oppo Reno6 Z