Cari @ Amanz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan, pada suku kedua 2021, SKMM telah mengeluarkan sebanyak 64 kompaun bernilai RM3.2 juta kepada empat syarikat telekomunikasi.

Kompaun ini dikeluarkan kerana gagal mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, serta kerana tidak patuh kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna.

Daripada jumlah kompaun berkenaan, 54 kompaun bernilai RM2.7 juta dikeluarkan kepada Maxis Broadband kerana gagal mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

Sementara kompaun lain adalah berkaitan kegagalan mematuhi Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna. Dibawah ini, U Mobile dikenakan 5 kompaun, Maxis 2, Digi 2 dan XOX 2.

SKMM turut menekankan yang mana mereka memandang serius terhadap kesalahan ini, dan mengesa agar syarikat telekomunikasi lebih tegas terhadap ejen-ejen dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd