Realme GT Explorer Master Edition Akan Dilengkapi Cip Snapdragon 870, Skrin 120Hz

Diterbitkan pada July 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme telah menjadualkan acara pelancaran untuk model telefon pintar baharu mereka di bawah siri Master Edition pada 21 Julai depan. Katanya, Realme dijangka mengumumkan lebih daripada satu model pada acara berkenaan dan salah satu daripadanya telah diperlihatkan menerusi beberapa imej dan video promosi rasmi.

Bakal dikenali sebagai Realme GT Explorer Master Edition, pendedahan sebelum ini menunjukkan bahawa ianya akan menampilkan kemasan luaran yang unik. Malah, ia juga kelihatan malar segar. Untuk makluman semua, konsep rekaan tersebut telah menerima sentuhan eksklusif daripada pereka Jepun, Naoto Fukasawa.

Dilihat secara terus-menerus bercakap mengenainya, kini beberapa spesifikasi utama pula didedahkan. Ia menunjukkan telefon pintar berkenaan akan dilengkapi cip Snapdragon 870. Ia merupakan cip yang dilengkapi binaan 7nm dan menawarkan kelajuan yang sedikit pantas berbanding Snapdragon 865 Plus. Tetapi, masih dibelakang Snapdragon 888.

Seterusnya, telefon pintar berkenaan juga akan menampilkan skrin yang menyokong kadar segar 120Hz dengan kadar tindak balas sentuhan 480Hz. Paparan ini juga menyokong HDR10+ dan kemampuan kecerahan sehingga 1100 nits. Disamping itu, ia juga kemudiannya akan dipadankan dengan rekaan skrin hadapan berlubang bersama binaan bahagian dagu yang nipis.

Seperti biasa, penawaran lanjut bakal terjawab selepas pelancaran rasmi kelak. Kekal setia di Amanz kerana kami akan mengemaskini informasi lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang.

Sumber : Realme Weibo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami