Apple, Google dan Microsoft baru-baru ini telah memperlihatkan sistem emoji yang akan digunakan dalam produk-produk digital mereka. Ada yang sudah dalam draf, ada yang dalam perbincangan dan ada juga yang sudah bersedia diedarkan.
Setiap emoji ini adalah generasi baharu kepada emoji sedia ada dan akan hadir secara terbina dalam sistem pengguna. Banyak emoji telah diubahsuai agar lebih sesuai dengan keadaan sekarang. Ada juga yang mengemaskan lagi ada juga yang menambah emoji beranimasi.
Emoji Apple, iOS
Apple menggunakan sistem emoji daripada Unicode Consortium’s Emoji yang kini adalah versi ke 14. Ia adalah sistem emoji yang mengikuti piawaian Emojipedia. Versi terkini memperlihatkan beberapa perubahan seperti tujuh emoji muka baharu dengan muka yang lentur, mengintai, tangan dengan hati, orang dengan mahkota, troll, bateri rendah, sinar-x, gigit bibir dan banyak lagi.
Menurut pakar emoji Jeremy Burge, semua emoji ini mungkin akan digunakan pada iPhone dan iPad baharu hujung tahun ini. Masih ada banyak emoji dalam perbincangan, seperti 25 jenis salam berbeza, kacang, orang mengandung, sarang kosong dan lebih 100 lagi yang lain.
Unicode Consortium’s Emoji 14.0 masih lagi dalam status draf sehingga September akan datang. Pengguna juga diberi pilihan untuk mengundi inginkan rekaan emoji mana. Sistem emoji ini dijangka akan hadir pada iOS 15.1 akan datang.
Emoji Google, Android 12/Chrome OS
Emoji Google adalah jenis sumber terbuka, daripada Noto Emoji. Baru-baru ini, emoji nombor, simbol, buah-buahan dan sayur-sayuran menerima perubahan warna, tekstur, posisi, atau juga peletauan warna. Simbol pada latar be;akang segi empat telah dicairkan dan dikilatkan sedikit. Manakala objek harian ditambah dengan garisan luaran dan warna cerun digantikan dengan warna yang flat.
Majoriti rekaan telah diubah sepenuhnya seperti bangunan, pakaian,makanan, perjalanan dan sukan, manakala ada juga yang masih dikekalkan. Beberapa emoji orang telah dikemaskini agar lebih nampak konsisten, seperti orang degan gunting – menggunakan gunting baharu dengan lubang jari yang besar berbanding lama yang lebih kecil.
Emoji muka seperti dengan pelitup muka kini membuka mata, berbanding sebelum ini tutup. Rekabentuk emoji baharu ini akan digunakan pada Android dan juga Chrome OS. Namun dalam saranan emoji Android 12 yang pernah didedahkan sebelum ini juga masih lagi menggunakan versi lama. Tidak pasti lagi bila ia akan diedarkan kepada semua.
Emoji Microsoft, Produk Tersendiri
Akhir sekali adalah daripada Microsoft yang turut membawakan perubahan drastik untuk emoji mereka. Akhirnya selepas sekian lama, Microsoft membawa kembali Clippy yang menggantikan emoji papan klip lama. Perubahan paling ketara dalam versi baharu emoji Microsoft adalah penggunaan rekaan 3D dan tidak lagi 2D.
Terdapat 1800 emoji baru kesemuanya, 900 daripadanya adalah beranimasi dan semua emoji ini akan digunakan pada Windows, Office, Microsoft Teams, atau juga Microsoft 365. Emoji ini menggunakan format rekaan baharu mereka Fluent Design yang mempunyai lebih personaliti.
Penggunaan emoji bernanimasi kerana ingin memberikan emosi kepadanya. Memandangkan emoji adalah penggunaan kerap oleh majoriti ramai orang, mempunyai emosi pada emoji akan lebih menceriakan. Emoji baharu ini akan diedarkan dalam bulan-bulan akan datang. Ia akan terus muncul dalam sistem produk Microsoft secara automatik.